BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS »

Sunday, 20 May 2012

Beri Aku PetunjukMu Ya Allah :(

" Eh Asma kenapa pakai sarung kaki? Nak pergi mana? " aku terdiam seketika. " OO sebab Asma pakai kasut ea..tu yang Asma pakai sarug kaki kan.." lagi buat aku terdiam. Terfikir fikir, jawapan apa yang patut aku bagi.Tersalah cakap, boleh buat hati kawan terasa, boleh disalah erti, dikatanya aku bajet bagus nanti. Akhirnya aku diam. Mungkin diam lebih baik. :) Ya.. semua orang perlukan perubahan dalam diri masing-masing. Perubahan yang mendatangkan kebaikan, semestinya. Perubahan yang mendatangkan keburukan, minta dijauhkan. Semoga Allah redhai kita semua.

Hmm.. walaupun dulu aku menghabiskan sekolah menengahku di SMK Agama, tapi rasanya akulah pelajar yang paling rugi. Kerana lambat menerima dan mempraktikkan apa yang aku pelajari di sekolah dahulu. Berbuih buih mulut ustazah aku menasihati semua muslimat agar menutup aurat dengan sempurna. Pakai tudung menutup dada, pakai baju yang tidak menampakkan susuk tubuh. Dulu pergi sekolah semua pelajar wajib pakai jilbab labuh yang menutup sebahagian badan, hampir sama labuh dengan baju gayanya. Lengan baju mesti berkancing. Ya, aku pakai semua itu, sebab itu semua adalah peraturan sekolah. Di luar kawasan sekolah, aku pakai pakaian yang jauh beza dengan di sekolah ( masih menutup aurat cuma rock sikit..hehe..:D ). Bila terserempak dengan ustazah kat bandar, mulalah menyorok sana, menyork sini, sebab takut kene marah. Al maklum lah, masa tu pakai baju tshirt lengan panjang dengan seluar jeans.dan tudung biasa jer. Wah, bukan main.Tau pulak takut dengan ustazah. Dengan Allah tak takut ke Asma? Subhanallah. Bukankah sepatutnya takut dengan Allah, ustazah cuma orang yang menasihati kita. Astaghfirullahhalazim..

Itu dulu. Sekarang aku sedar, aku perlukan suatu perubahan yang mendamaikan hati aku. Jujur, cabaran nak berubah itu sangat besar. Perlukan kekuatan hati yang tabah. Pertanyaan demi pertanyaan dari orang sekeliling kadang kadang buat hatiku lemah. Namun aku bersyukur dikurniakan teman serumah yang dekat padaNya. Yang menitik beratkan solat 5 waktu. Sekurangnya aku tahu, mereka menjaga tiang agama mereka. Alhamdulillah Ya Allah. Dan aku bersyukur juga atas perubahan-perubahan yang positif yang berlaku pada semua teman-temanku. Dari tidak menutup aurat, mereka mula menutup aurat. Mula memakai tudung. Alhamdulillah. Semoga Allah memberkati dan memelihara jalan yang kita semua pilih ini. Amin.

Istiqamah. Ya, perubahan yang kita lakukan perlulah istiqamah. Jangan hangat-hangat tahi ayam sahaja. Kalau belum bersedia, ambillah masa. Tapi rasanya, kalau dalam hal berubah ke jalanNya, lebih elok disegerakan. Pakai tudung menutup dada, jangan pakai baju yang jarang dan menampakkan susuk tubuh, jangan pakai tudung yang jarang, pakailah sarung kaki untuk menutup kaki. Walaupun kita menutup aurat kita, kita masih boleh nak bergaya, agar nampak cantik. Bukankah Allah sukakan kecantikan? Ya, tapi berwaspadalah juga. Jangan terlebih lebih bergaya sampai lupa bahawa kecantikan kita sebagai wanita hanya layak dilihat oleh lelaki bergelar suami. 


Orang sekeliling kita memang sangat memainkan peranan pada kehidupan kita. Terutamanya rakan-rakan kita. Andai kita berkawan dengan penjual minyak wangi, maka wangilah kita. Andai kita berkawan dengan penjual besi, maka kita juga akan sama terkena percikan dari bahan pembuat besi itu. Kita pilihlah yang mana satu. Allah berikan kita akal fikiran yang waras, kita mampu utuk menilai mana baik dan buruk.

Pernah terdetik dalam hati aku, buat apa susah-susah nak berubah, kan kau da tutup aurat sekarang. Cuma tak pakai tudung labuh je.Yala, kau student nurse, baju uniform kau sendiri pun kena pakai tudung letak kat dalam baju. Bak kata ustaz, bukan tudung tutup dada, tapi dada tutup tutup. Tapi aku tahu, itu semua godaan syaitan. Betapa aku rindukan detik-detik persekolahan aku dahulu. Betapa cantiknya seorang wanita apabila memakai pakaian yang menutup aurat. Sayu hati aku..:( Sekarang bila aku pakai uniform yang longgar, ada kawan-kawan aku cakap, bila aku berjalan, seolah olah nampak macam baju sahaja yang berjalan. Mungkin faktor badan aku yang kurus. Aku tak nafikan kenyataan itu. Tapi au syukur, sekurangnya uniform aku tak membalut badan aku. Alhamdulillah. Mungkin waktu ini, hanya itu perubahan yang aku mampu lakukan. Semoga Allah sentiasa membuka pintu hati aku, untuk terus mencari redhaNya. Sentiasa kembali ke jalanNya. Amin. :)

Syukran juga pada rakan-rakan yang sentiasa bagi aku nasihat, bagi aku support. Semoga doa kalian sentiasa ada untuk aku. Semoga Allah sentiasa berikan petunjukNya pada kita semua. :)

-wanasmaomar-

No comments:

Post a Comment