BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS »

Sunday 14 April 2013

Temanku..Shukran.. :)

Rasulullah pernah bersabda:"Sebaik-baik sahabat di sisi Allah ialah orang yang terbaik terhadap temannya dan sebaik baik jiran di sisi Allah ialah orang yang terbaik terhadap jirannya."( Hadis riwayat al-Hakim )

Alhamdulillah, Allah s.w.t kurniakan aku seorang teman yang sangat memberi aku kesedaran tentang kehidupan di dunia ini. Al-Hafizah Nurul Husna Amalina Bt Ahmad Zakhi. Akhirnya, berkat doa restu ibu ayah & atas izinNya, kau berjaya tamatkan diploma kau & bergelar seorang hafizah. I'm proud of you dear. ( cam skema sikit. huhu. :P hehe..) 

Walaupun persahabatan kita baru 7 tahun terbina, aku sentiasa mendoakan agar ikatan persahabatan yang terbina ini akan kekal sehingga ke syurga, insyaAllah dengan izinNya. Amen. 

 

Kaulah teman, kaulah sahabat selamanya di hatiku. Sahabat yang sentiasa ada tika aku suka & duka. Yang tidak pernah penat mendengar luahan hatiku yang berduka, yang tak pernah jemu memberi nasihat, yang bahagia bila melihat aku tersenyum.. Kaulah yang dipanggil teman sejati itu. Sungguh diri ini sangat bertuah & bersyukur memiliki sahabat seperti dirimu. :: Aku sayang Kau :: :D



Doaku untukumu yang bergelar teman sejati..
Semoga Allah memberkati usiamu di dunia pinjamanNya ini..
Menjadikan kau seorang muslimah solehah yang bisa memberikan manfaat kepada kedua ibu bapamu, ahli keluargamu & bakal suamimu kelak..insyaAllah.. :)
Menjadikan kau seorang yang kuat & tabah dalam menghadapi liku-liku & onak duri di dunia pinjamanNya..
Memberikan dirimu limpahan rezeki..
Dan menjadikan kau teman sejatiku selamanya..
InsyaAllah..amen..


<3 Selamat Ulang Tahun Kelahiran Yang ke 21. May Allah ease everything for you. <3


p/s : jangan lupa titipkan doa untuk aku setiap kali kau menemui penciptamu. Shukran :D

~wanasmaomar~


Sunday 20 May 2012

Beri Aku PetunjukMu Ya Allah :(

" Eh Asma kenapa pakai sarung kaki? Nak pergi mana? " aku terdiam seketika. " OO sebab Asma pakai kasut ea..tu yang Asma pakai sarug kaki kan.." lagi buat aku terdiam. Terfikir fikir, jawapan apa yang patut aku bagi.Tersalah cakap, boleh buat hati kawan terasa, boleh disalah erti, dikatanya aku bajet bagus nanti. Akhirnya aku diam. Mungkin diam lebih baik. :) Ya.. semua orang perlukan perubahan dalam diri masing-masing. Perubahan yang mendatangkan kebaikan, semestinya. Perubahan yang mendatangkan keburukan, minta dijauhkan. Semoga Allah redhai kita semua.

Hmm.. walaupun dulu aku menghabiskan sekolah menengahku di SMK Agama, tapi rasanya akulah pelajar yang paling rugi. Kerana lambat menerima dan mempraktikkan apa yang aku pelajari di sekolah dahulu. Berbuih buih mulut ustazah aku menasihati semua muslimat agar menutup aurat dengan sempurna. Pakai tudung menutup dada, pakai baju yang tidak menampakkan susuk tubuh. Dulu pergi sekolah semua pelajar wajib pakai jilbab labuh yang menutup sebahagian badan, hampir sama labuh dengan baju gayanya. Lengan baju mesti berkancing. Ya, aku pakai semua itu, sebab itu semua adalah peraturan sekolah. Di luar kawasan sekolah, aku pakai pakaian yang jauh beza dengan di sekolah ( masih menutup aurat cuma rock sikit..hehe..:D ). Bila terserempak dengan ustazah kat bandar, mulalah menyorok sana, menyork sini, sebab takut kene marah. Al maklum lah, masa tu pakai baju tshirt lengan panjang dengan seluar jeans.dan tudung biasa jer. Wah, bukan main.Tau pulak takut dengan ustazah. Dengan Allah tak takut ke Asma? Subhanallah. Bukankah sepatutnya takut dengan Allah, ustazah cuma orang yang menasihati kita. Astaghfirullahhalazim..

Itu dulu. Sekarang aku sedar, aku perlukan suatu perubahan yang mendamaikan hati aku. Jujur, cabaran nak berubah itu sangat besar. Perlukan kekuatan hati yang tabah. Pertanyaan demi pertanyaan dari orang sekeliling kadang kadang buat hatiku lemah. Namun aku bersyukur dikurniakan teman serumah yang dekat padaNya. Yang menitik beratkan solat 5 waktu. Sekurangnya aku tahu, mereka menjaga tiang agama mereka. Alhamdulillah Ya Allah. Dan aku bersyukur juga atas perubahan-perubahan yang positif yang berlaku pada semua teman-temanku. Dari tidak menutup aurat, mereka mula menutup aurat. Mula memakai tudung. Alhamdulillah. Semoga Allah memberkati dan memelihara jalan yang kita semua pilih ini. Amin.

Istiqamah. Ya, perubahan yang kita lakukan perlulah istiqamah. Jangan hangat-hangat tahi ayam sahaja. Kalau belum bersedia, ambillah masa. Tapi rasanya, kalau dalam hal berubah ke jalanNya, lebih elok disegerakan. Pakai tudung menutup dada, jangan pakai baju yang jarang dan menampakkan susuk tubuh, jangan pakai tudung yang jarang, pakailah sarung kaki untuk menutup kaki. Walaupun kita menutup aurat kita, kita masih boleh nak bergaya, agar nampak cantik. Bukankah Allah sukakan kecantikan? Ya, tapi berwaspadalah juga. Jangan terlebih lebih bergaya sampai lupa bahawa kecantikan kita sebagai wanita hanya layak dilihat oleh lelaki bergelar suami. 


Orang sekeliling kita memang sangat memainkan peranan pada kehidupan kita. Terutamanya rakan-rakan kita. Andai kita berkawan dengan penjual minyak wangi, maka wangilah kita. Andai kita berkawan dengan penjual besi, maka kita juga akan sama terkena percikan dari bahan pembuat besi itu. Kita pilihlah yang mana satu. Allah berikan kita akal fikiran yang waras, kita mampu utuk menilai mana baik dan buruk.

Pernah terdetik dalam hati aku, buat apa susah-susah nak berubah, kan kau da tutup aurat sekarang. Cuma tak pakai tudung labuh je.Yala, kau student nurse, baju uniform kau sendiri pun kena pakai tudung letak kat dalam baju. Bak kata ustaz, bukan tudung tutup dada, tapi dada tutup tutup. Tapi aku tahu, itu semua godaan syaitan. Betapa aku rindukan detik-detik persekolahan aku dahulu. Betapa cantiknya seorang wanita apabila memakai pakaian yang menutup aurat. Sayu hati aku..:( Sekarang bila aku pakai uniform yang longgar, ada kawan-kawan aku cakap, bila aku berjalan, seolah olah nampak macam baju sahaja yang berjalan. Mungkin faktor badan aku yang kurus. Aku tak nafikan kenyataan itu. Tapi au syukur, sekurangnya uniform aku tak membalut badan aku. Alhamdulillah. Mungkin waktu ini, hanya itu perubahan yang aku mampu lakukan. Semoga Allah sentiasa membuka pintu hati aku, untuk terus mencari redhaNya. Sentiasa kembali ke jalanNya. Amin. :)

Syukran juga pada rakan-rakan yang sentiasa bagi aku nasihat, bagi aku support. Semoga doa kalian sentiasa ada untuk aku. Semoga Allah sentiasa berikan petunjukNya pada kita semua. :)

-wanasmaomar-

Sunday 13 May 2012

Kahwin Oooh Kahwin :)

Kahwin ke belajar..?? tiba2 terfikir nak tulis sal tajuk ni..huhu..kebetulan tengah tengok Semanis Kurma Episod 14 - Kahwin ke belajar..?? hmm..kalau duduk dengan kawan2, cakap sal topik ni, ada yang positif, ada y negatif..ok laa..bila sebut kahwin, ramai yang cakap " gatal la ko ni " " berangan la tu " ..hmm..bukankah kahwin tu satu tuntutan agama, perkara yang digalakkan oleh Nabi Muhammad s.a.w..3 perkara yang Rasulallah mintak kita segerakan pertama segerakan solat, kedua segerakan urusan jenazah, ketiga segerakan perkahwinan bila mampu..jadinyer istilah gatal or yang lain2, tak boleh di guna dalam bab ni..:) 


Cinta..fitrah manusia untuk rasa dicintai dan mencintai..tapi dalam bercinta, jangan lalai sampai lupa cinta kepadaNya..Allah tak melarang kita mencintai sesama manusia, malah digalakkan..tapi biarlah kena pada caranya..jangan kerana cinta, kita lupa pada cintaNya..kalau rasa diri kita tak dapat nak seimbangkan cinta kita pada manusia berlainan jantina dan cinta kepada Allah, seeloknya kita muhasabah diri kita terlebih dahulu..p/s : untuk diri sendiri yang masih banyak kekurangan..


Kahwin ke belajar..?? hmm..mungkin gadis berusia 20 tahun ni masih tak layak untuk bercakap soal kahwin..tapi aku tertarik dengan kata2 Ustaz Syed Norhisyam Tuan Padang, sebelum kahwin, pastikan kita ada 3 kunci..kunci pertama ialah kunci rumah ( tempat perlindungan untuk membina keluarga bahagia ) , kunci kedua ialah kunci kereta ataupun motor :) ( kenderaan untuk memudahkan urusan2 seharian suami isteri ) , kunci ketiga ialah kunci pejabat ( perlu ada kerja yang tetap untuk menampung keperluan keluarga ).. haa..kan ada benarnya kata2 ustaz tu..jangan fikir nak kahwin jer..persiapkan diri kita sebelum ambil keputusan untuk kahwin..fikir untuk kahwin memang senang, tapi nak laksanakan tuntutan Rasulallah tu bukan benda yang senang kalau diri kita sendiri tak cukup persiapan..kalau tengok sekarang, ramai yang pilih kahwin waktu belajar..alhamdulillah, dirikan masjid tu dapat pahala..tahniah pada mereka yang kahwin waktu belajar..sekurangnya mereka yang memilih kahwin waktu belajar dapat mengelakkan diri terjerumus ke kancah maksiat..alhamdulillah..:)


Pada pandangan aku, ada pro & contra bila pelajar memilih untuk kahwin waktu belajar..semua orang mungkin ada sebab tersendiri mengapa memilih untuk kahwin awal which is masa belajar..:) dari sudut Islam, kahwin masa belajar dapat elakkan diri kita dari terjerumus dalam maksiat..tak semua orang dapat kawal diri bila sedang hangat bercinta..tak semua orang dapat bercinta mengikut jalan yang ditetapkan Islam..tapi percayalah, kalau niat kita ikhlas, bercinta keranaNya, insyaAllah Allah permudahkan perjalanan percintaan kita menuju syurgaNya..insyaAllah..kalau iman kita kuat, kita selalu ingat pada Allah, insyaAllah kita dapat menolak godaan2 syaitan..berdoalah selalu agar cinta yang dibina mendapat redhaNya..


Perempuan sering mengatakan ingin mencari suami yang soleh..supaya dapat membimbing keluarganya nanti dan dapat mendidik bakal anak-anaknya nanti..tapi pernah tak kita terfikir, sudah siapkah diri kita untuk mendapat seorang suami yang soleh, sedangkan diri kita sendiri tidak solehah..?? bukankah Allah telah menjanjikan seorang lelaki yang baik adalah untuk wanita yang baik..?? ya, janji Allah itu pasti.. renungkan balik siapa diri kita..layakkah kita mendapat pasangan yang soleh dan solehah andai diri kita sendiri tak sesoleh dan sesolehah pasangan yang kita dambakan..?? 


Tak salah kita mendambakan pasangan yang soleh dan solehah..pasangan yang dipilih itu bukan untuk sehari dua, tapi untuk seumur hidup..dan akhirat.. andai kita rasa diri kita belum cukup baik untuk mendapat seorang pasangan yang baik, bermulalah dari sekarang, perbaiki diri kita sedikit demi sedikit.. perubahan itu perlukan usaha dan pengorbanan..bukan skadar kata2 di mulut..jangan sayang untuk melakukan perubahan yang baik pada diri kita..jangan sayang untuk meninggalkan apa2 yang tak elok..dunia ini hanya pinjamanNya kepada seluruh makhlukNya..insyaAllah, Allah akan perkenankan doa setiap hambaNya..cuma cepat atau lambat sahaja..yang penting, jangan berputus asa..teruskanlah berdoa dan berusaha untuk menjadi hamba yang soleh dan solehah..Allah itu maha adil dan maha penyayang..


Aku juga merupakan salah seorang remaja yang punya cinta tika ini..jujur, aku belum berjaya mencintai pasanganku seperti yang aku inginkan..bercinta mengikut syariatNya..namun aku berdoa agar Allah permudahkan segala urusanku..ajal maut jodoh pertemuan di tangan Allah..dan sebaik baik ketentuan adalah dariNya..permudahkan urusan jodohku..jika itu adalah yang terbaik untuk diriku..amin..pernah terdetik dalam hatiku, untuk berkahwin awal, andai itu dapat mengelakkan diriku dari tersasar..dan jika itu adalah yang terbaik untuk diriku..aku tak kan menolak andai jodohku awal..tapi biarlah aku persiapkan diri aku dahulu sebelum menerima tanggungjawab yang lebih besar..moga Allah permudahkan segalaNya..amin..:)





Wednesday 1 February 2012

Penantian..:)

Salam..dear blog..:) 2day, 1 / 2 / 12, rabu, bertambah laa sorg lg ahli keluargaku..which is cucu tok ayah n tok maa.. hehe.. kak miah daa slmt melahirkn baby girl 2.2 kg with scissor.. huhu.. can't wait to hug u baby..! :D hehe..kalo bley skarg gak nk blik ganu..huhu..baby baby baby..! hehe..name pn x de agy, soo jz col baby..hehe..doaku agar baby n baby's mother sihat walafiat..amin..cepat laa besar baby..:D


Wednesday 25 January 2012

Sekiranya Sudah Berpunya Dan Masih Belajar :)

1. Sekiranya boleh disegarakan perkhawinan itu, segerakanlah.
Ini merupakan kaedah yang paling dikehendaki oleh syarak dan syariat dan sangat berkesan iaitu berkahwin. Dengan perkhawinan ianya dapat menghalalkan 1001 tiket, semuanya boleh. Minta keizinan dan restu daripada ibu bapa dan nyatakan hasrat murni ini dengan sehikmah yang mungkin.
Sediakan rancangan atau pelan anda dan juga pasangan dalam urusan berkahwin ketika belajar. Tetapi perlu diingatkan, sebelum kita menyuarakan hasrat kita hendak berkahwin perlulah kita muhasabah diri terlebih dahulu atau membuat checklist terhadap diri kita dan juga pasangan kita supaya ibu bapa kita ada rasa keyakinan terhadap keputusan yang kita ambil ini. Pertama-tama sekali adalah tanya pada diri sendiri:
i.      Adakah saya sentiasa memastikan solat fardu lima waktu saya cukup?
ii.     Adakah Saya menjadikan solat duha sebagai satu kezaliman?
iii.    Adakah saya membaca al-quran sekerap yang mungkin?
iv.    Adakah saya selalu menghadirkan diri ke kuliah-kuliah agama?
v.     Adakah saya mengamalkan zikir pagi dan petang (al-ma'thurat) seperti Rasullullah?
vi.    Adakah saya sering memperbanyakkan selawat ke atas nabi?
vii.   Adakah saya membaca bahan bacaan yang memberikan kefahaman dalam agama?
Senarai semak hubungan dengan Allah S.W.T ini baru sahaja sebahagian dan masih terdapat banyak lagi pertanyaan yang lain tetapi penulis tidak mahu fokus kepada itu. Sekiranya jawapan negatif yang lebih banyak berbanding jawapan positif, perbaikilah hubungan kita dengan Allah S.W.T terlebih dahulu. Usah menyalahkan Allah S.W.T sekiranya kita bermasalah dalam hubungan kita dengan pasangan kerana sebenarnya kita bermasalah dengan Allah S.W.T.
Penulis akui memang berat bagi sesetengah individu untuk menyuarakan hasrat untuk berkahwin ketika belajar tambah-tambah lagi pelajar berkenaan masih cetek dari segi ilmu-ilmu spiritual, intelektual dan material dan masih terlalu ramai ibu bapa yang tidak berkeyakinan untuk membenarkan anak-anak mereka berkahwin seusia muda kerana bimbang pelajaran, kewangan dan sebagainya akan terjejas.
Dengan fikiran yang sebegitu, ibu bapa lebih rela melihat anak-anak mereka di bawa kehulu dan kehilir tanpa ada apa-apa ikatan yang sah. Maka, budaya couple semakin  berluas-luasa, bagaikan cendawan yang tumbuh selepas hujan. Kita kena ingat, wanita yang masih belum berkahwin, setiap tindak-tanduknya ibu bapalah yang akan mendapat dosanya. Tidakkah kita kesiankan ibu bapa kita. Kerana kita mereka terhalang dari masuk syurga Allah S.W.T. Fikirkanlah.
2. Sekiranya mahukan ikatan yang sah, pilih nikah Khitbah.
Altenatif kedua yang kita boleh ambil adalah melalui nikah khitbah. Nikah khitbah ini adalah menarik bagi penulis. Kahwin jenis ini adalah pasangan tersebut bernikah tetapi dibolehkan tinggal secara berasingan (sepanjang tempoh pengajian). Istilah dalam bahasa melayu dikenali sebagai 'nikah gantung'.
Yang manisnya atau kelebihan kahwin macam ini banyak manfaatnya terutama mendapat redai Allah S.W.T. Pasangan boleh belajar bersama-sama, keluar bersama-sama tanpa ada rasa segan silu dan bersalah kepada Allah S.W.T, ibu bapa dan rakan-rakan.
Bebas untuk berpegangan tangan dan sebagainya malah setiap apa yang dilakukan mendapat pahala di sisi Allah dan malaikat sentiasa mendoakan kesejahteraan pasangan tersebut. Menarik lagi, dapat jalani kehidupan yang sah dan diberkati dalam "couple" dan sentiasa komited bagi berjaya dalam pelajaran.
Nikah khitbah ini ada terjadi kepada salah sorang rakan penulis. Memang penulis akui sangat cemburui akan mereka. Kenapa tidaknya, mereka bebas untuk berjalan bersama-sama, bermesra dan sebagainya. Masa tempoh belajar memang mereka tinggal berasingan. Yang menarik bagi penulis, tamat saja tempoh pengajian diploma lebih kurang tiga bulan, penulis dapat berita zaujah (isteri) dia sudah mengandung anak sulung mereka. Alhamdulllah. Mungkin sekarang sedang menunggu kehadiran insan baru dalam hidup rumah tangga mereka. Maniskan, insyaAllah.
3. Sekiranya tidak diizinkan berkahwin juga, jaga batas pergaulan.
 Perkara inilah yang paling berat untuk dijaga. Ramai remaja-remaja sebaya penulis diluar sana yang sudah berpunya tetapi tidak dapat untuk menjaga pergaulan, pembaca sendiri dapat melihatnya. Apa pun, penulis tetap berharap dan berdoa agar rakan-rakan yang sudah berpunya itu dapat elakkan berjumpa dengan pasangan secara berdua-duaan dan dapat kurangkan berhubung sekiranya tiada urusan yang penting.
Letakkan keyakinan kepada Allah S.W.T dan berdoa kepada-Nya. Ingat, setiap tindakan kita dan pasangan kita dapat memberi kesan kepada masa sekarang dan memberi kesan kepada perkhawinan kita kelak. Ingat, matlamat membina rumah tangga muslim yang sejati dan diredai juga bergantung kepada diri kita sendiri.
Teringat penulis semasa semester akhir diploma, ada sorang kawan baik penulis sudi kongsi ceritanya. Ceritanya itu berlaku kepada kawannya. sangat sedih dan tambah-tambah lagi berlaku kepada seakidah dan seagama dengan penulis.
Mereka berkahwin atas dasar cinta dan juga kerana mereka terlanjur sehinggakan wanita tersebut mengandung. Berkahwin tidak sampai sebulan kemudian wanita tersebut diceraikan talak tiga. Wanita tersebut diceraikan talak tiga. Nauzubillahiminzalik, mintalah kita dijauhkan dengan perkara sedemikian.
Apa yang pembaca rasa apabila wanita tersebut adalah diri pembaca. Tidak mungkin pembaca tidak rasa apa-apa. Tidak mungkin. Penulis dapat rasakan bercinta sebelum kahwin lebih banyak keburukkan berbanding kebaikan. Tambah-tambah cinta atas dasar seks. Penulis tidak mahu bahaskan isu kebaikkan dan keburukkan bercinta sebelum kahwin di sini, insya-Allah mungkin di sesi yang lain.
Penulis berharap dengan sedikit perkongsian yang tidak seberapa ini dapat membuka minda dan fikiran kita. Insya-Allah. Penulis sarankan yang sudah bercinta itu ikutlah sedikit sebanyak panduan yang telah diberikan ini. Pilihlah antara satu dari tiga kaedah yang disarankan, kalau ada yang lebih baik lagi bagus.
Pembaca yang sedang bercinta perlu ingat, setiap tindakan akan memberi kesan kepada pembaca dan pasangan pada masa sekarang dan juga akan datang. Ingatlah, jangan disebabkan cinta manusia yang tidak halal memudahkan kita menuju ke neraka Allah S.W.T. Nauzubillahiminzalik.




-moga Allah permudahkan segalanya..amin -

Sunday 13 November 2011

Aku Menangis Tanda Ku Cinta KepadaNya..Tetapkan Hatiku Ya Allah..!


Salam all muslimah sayu..mendengar lagu2 dakwah, melihat foto2 muslimah, membaca artikel islam, melihat kebahagiaan org y btul2 mempraktikkan islam dlm hidupnya..bilakah aku akn mengikut jejak langkah mereka semua..?? semua daa ade dpan mate..Allah daa bg petunjuk..tp knp ak msih begini..?? org terdekat dgnku semuanya y bley dijadikn contoh..x malukah ak berkawan dgn org y disegani..?? betapa bahagianya hidup kalau aku dpt mempraktikkan islam itu dengan sebaiknya dalam hidupku..allahuakbar..astaghfirullahalazim..smpai ble mau meneruskn kehidupan y begini..?? bukankah tujuan kita dihidupkan di muka bumiNya untuk mengejar redhaNya..?? keberkatanNya..?? bangkitlah..tidak cukup dengan solat sahaja..kerna solat merupakan tiang agama..nak dapatkan lebih ganjaran, kena lh berusaha lebih..agak ganjaran y diterima juga akan lebih..betulkan begitu..?? kalau sebelum ini ada orang mengatakan, tidak semestinya tidak bertudung itu tidak solat..benar..tapi bukankah aurat itu wajib ditutup..?? kenapa mesti ada pendapat sebegini..?? bukankah ini boleh menyebabkan org y tidak bertudung itu selesa dengan keadaannya..?? kenapa tidak kita mendorong mereka agar berhijab..?? dalam situasi aku, setakat ini, aku merasakan, auratku terpelihara oleh baju2 y ku pakai..tp apa pula pada pandangan orang y melihat..?? adakah aku mengikut syariat..?? aku berdoa agar segala pakaianku mengikut syariatNya..mungkin aku tidak berjilbab labuh..tp aku masih cuba untuk memakai tudung y menutup dadaku..agar terpelihara dari pandangan bukan muhrim..tp cukupkah dengan itu sahaja..?? jauh di sudut hati, aku ingin memakai jilbab seperti zaman sekolahku dahulu..tetapkan hatiku Ya Allah..bila memakai baju yang labuh, aku berasa selesa, tapi adakah pakaian aku menutup segala yang disuruhNya..?? bagaimana untuk melakukan penghijrahan agar lebih diredhaiNya..?? aku ltey hidup dalam keadaan y tidak tenang..sebab aku merasakan diri aku perlukan perubahan..tapi dari mana aku patut mulakan..?? mungkin dari segi bicara..cuba untuk tidak memperkatakan sesuatu yang boleh menyakitkan hati orang sekeliling..insyaAllah..kerana diam itu lebih baik dari berkata sesuatu yang boleh menyinggung hati dan perasaan orang lain..subhanaallah..kacaunya jiwa ini..semoga aku akan menemui jalan penyelesaian kepada semua ini..semoga sentiasa dalam redhaNya..insyaAllah..amen..:)

-wanasmaomar-





Saturday 5 November 2011

RaPuH by Opick..:)

Detik waktu terus berjalan
berhias gelap dan terang
suka dan duka tangis dan tawa
tergores bagai lukisan

Seribu mimpi berjuta sepi
hadir bagai teman sejati
di antara lelahnya jiwa
dalam resah dan air mata
kupersembahkan kepadaMu
yang terindah dalam hidup

Meski ku rapuh dalam langkah
kadang tak setia kepadaMu
namun cinta dalam jiwa
hanyalah padaMu

Maafkanlah bila hati
tak sempurna mencintaiMu
dalam dadaku harap hanya
diriMu yang bertahta

Detik waktu terus berlalu
semua berakhir padaMu

-wanasmaomar:) -